Menu Tutup

Kompang Di Palu Bertalu Talu

Penat..letih..dengan cuaca panas sekarang bertambah cepatlah segala aura habis..Hari ni jiran ada buat kenduri kahwin…semalam kenduri tunang..petang ni lepas langsung kahwin ada merisik pula.Rumah yang sama..3 bunga yang di sunting dalam satu masa..Lepas segala operasi kerja aku settle hari ni jam 12 baru aku dapat datang..tunjuk tunjuk muka..

Nampaknya segala urusan masak memasak dah siap..haha..tak dapatlah aku turut serta.Aku lepak lepak borak borak je.Biasalah di luar waktu tugas pun orang tanya aku macam macam..aku jawab je lah apa yang termampu.

Lepas Zuhur acara yang di tunggu2 bermula.Dua mempelai diarak sambil di palu kompang.Paluan aku turut terlibat di situ.Saja layan main kompang..sumbang skill apa yang ada.Pengantin pulak jalan terkedek kedek..dah la panas ni..

Apa aktiviti korang hari minggu ni..?? semoga bahagia dengan apa yang korang lakukan…

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.”

7 Comments

  1. Piasara

    “akak pun baru balik makan kenduri ni…pengantin jalan terkedek-kedek?kelakar la kamu ni kiz..tak kan pengantin nak jln laju2 kot?kang nmpak sgt gelojoh..hehheehe..”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *