Breaking News
Home » Berita » KJ Sambut Kelahiran Anak Ketiga

KJ Sambut Kelahiran Anak Ketiga

KJ Sambut Kelahiran Anak Ketiga dengan satu tweet berserta gambar di twitter yang berbunyi “Raif ‘Leo’ Averroes Jamaluddin Abu Bakar. Selamat berjaya menulis nama mu nanti di sekolah, anak lelaki ku!,” . Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan KJ, mendapat anak lelaki yang juga merupakan anak ketiganya.

Gambar Anak lelaki KJ
Gambar Anak lelaki KJ yang disiarkan melalui twitternya.

Isteri beliau , Nori Tun Abdullah yang juga anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Endon Mahmood selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 3.53 petang.

“Saya tidak tahu tentang jantinanya sehingga dilahirkan. Ia anak lelaki!,” – Khairy Jamaluddin

KJ yang berkahwin pada tahun 2001, sudah pun mempunyai dua anak lelaki – Jibreil Ali dilahirkan pada 2007, dan Timor Abdullah yang dilahirkan pada 2008.

Tahniah KJ.

 

gambar BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *