Home » Uncategorized » Kisah Yang Bikin Aku Gelak Guling-Guling

Kisah Yang Bikin Aku Gelak Guling-Guling

Ini kisah betul..bukan lawak direkacipta..memang aku tak boleh tahan petang tadi..memang nak gelak guling-guling..tapi sebabkan tu klinik kena coverlah..pada hal aku memang dah tak tahan dah..adoii berair mata aku gelak..memang hampeh tahu tak..Kisah bermula macam ni..jeng jeng..opss aku nak tulis ni pun tak tahan nak gelak bila kenang-kenang balik..fuhhh..

Petang tadi aku ke klinik sebab nak ambil ubat selsema…aku tengok ada seorang yang berumur dalam lingkungan 50an kot..masalahnya dia nak check mata sebab masalah penglihatan (bukan buta).Tapi aku tengok dia kena pimpin gak mungkin rabun tahap kritikal kot..huhu..mungkin kawan atau jiran dia kot yang hantar..pembantu klinik tu panggil pesakit tu di sudut klinik untuk buat ujian mata..alahh yang ABC 123 yang besar lepas tu kecik..kecik..kecik sangat tu..apa nama tah benda yang selalu kat dinding klinik tu..kawan dia pun turut pimpin pakcik tu..lepas tu pembantu klinik tu ( awek cun tu ) suruh baca apa yang tertulis kat dinding tu..haha..

Awek klinik : baca ni pakcik..( sambil tunjuk benda tu pakai pembaris )
Pakcik : A B C D ( makin kecik huruf..tetap boleh baca )..tapi aku dah gelak dah ni masa tu..gelak kecik2 je..cover..

Lepas tu awek klinik tu berpaling..”kata masalah mata..kalau boleh baca ni mestilah tiada masalah”..kata awek klinik tu.

Tetiba, “saya yang baca tadi tu” …jawab kawan dia yang pimpin tadi..haha..tak ke sengal..yang pembantu klinik @ awek tu tak pulak nak pandang2 belakang..dia pula yang leka pandang huruf2 tu sambil dengar kawan pakcik yang rabun tu baca..memang tak boleh tahan aku gelak..awek tu buat muka poyo je..keh keh..sampai sekarang kalau aku ingat memang nak gelak je..ampeh..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

16 comments

  1. hahahha…kawan pakcik tu tolong je kut, sebab tak mahu kawannya tu dapat malu, kang kata buta huruf pulak..hahha

  2. haha sengal je kott . adoii ..

  3. kalau camtu x yah pakai spek la aku..haha

  4. Dunia Realiti a.k.a Elih

    Ahahaha…kan dah terkena oleh kawan pak cik tu..

  5. haha…kalau aku ada kat sana masa tu aku pun gelak berguling-guling atas lantai….

  6. hahahha..sengal!! :))

  7. Hahaha. Sengal!

  8. cerita ni paling lawak dalam dunia.. 🙂

  9. haha .
    kenape lah kawan pakcik tu pg baca ??..

  10. hahahah kan dah terkena….

  11. hahaha..
    pandai kawan pak cik tu buat lawak antarabangsa kt klinik.=)

  12. hahaha memang lawak.kihkihkih nasib la pacik tu baca sorang..kalau2 pacik2 lain dengar dan baca sekali..dah macam cerita pendekar bujang lapok plak.sekolah orang tua2 @ jim alif tendang wau = sarkis!hahaha

  13. sah lawak…kalau kpah jadik misi cun tu..mesti dah berleter dah…

  14. ::ini belog saya . cinta hati saya::

    haha . lawak lawak . heee 🙂

  15. HAHAHA =D

    SENGALLLLLL…..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *