Breaking News
Home » Info Sukan » Kisah Dongeng Leicester City

Kisah Dongeng Leicester City

Kisah Dongeng Leicester City mungkin akan menjadi kisah yang paling hangat pada zaman moden ini. Apa tidaknya kejayaan yang dicapai selaku juara EPL atau Liga Perdana Inggeris sememangnya tidak siapa menjangka. Tapi inilah realiti , yang terjadi akan tetap terjadi.

Leicester City EPL Champions 2015-2016
Leicester City EPL Champions 2015-2016 – gambar oleh Reuter

Pasukan yang digelar The Foxes bermula selaku pasukan yang tidak mempunyai apa-apa harapan dalam saingan awal musim kini gah menjulang piala kejuaraanEPL. Bandar Leicester menjadi biru apabila skuad bimbingan Claudio Ranieri itu mencipta sejarah dimahkotakan sebagai juara.

Leicester yang dinobatkan lebih awal selaku juara menamatkan saingan EPL musim 2015-2016 dengan keputusan seri 1-1 menentang Chelsea.

Seluruh bandar Leicester bermandikan warna biru apabila lebih 240 ribu penyokong menbanjiri jalanraya ketika perarakan pasukan itu. Sesuatu yang sukar digambarkan yang ini akan terjadi, namun inilah bolasepak moden. Dongeng yang sebenarnya adalah kisah sebenar, Leicester City juara liga paling popular di dunia.

Check Also

EPL 2016-2017

Jadual Carta Keputusan EPL 2016-2017

Jadual Carta Keputusan EPL 2016-2017. Liga paling popular didunia, Liga Perdana Inggeris atau English Premier …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *