Home » Petua Dan Tips » Khasiat Lidah Buaya Untuk Kecantikan

Khasiat Lidah Buaya Untuk Kecantikan

Khasiat Lidah Buaya Untuk Kecantikan. Pasti ramai yang kenal akan sejenis tumbuhan yang berdaun tebal yang dipanggil lidah buaya atau Aloe Vera. Ramai juga yang menanam dikawasan rumah sebagai tanaman hiasan. Tahukah anda tumbuhan ini mempunyai berbagai khasiat kepada kecantikan semulajadi?

Aloe Vera atau Lidah Buaya
Aloe Vera atau Lidah Buaya

Salah satu kegunaan aloe vera atau lidah buaya adalah untuk menghilangkan jerawat. Kepada yang mempunyai masalah jerawat boleh sahaja mencuba. Caranya adalah dengan menyapu lendir lidah buaya pada wajah anda atau bahagian yang ada jerawat dan biarkan selama 10-15 minit . Selepas itu bilaslah dengan air suam.

Selain itu lidah buaya juga dapat mempercepatkan pertumbuhan rambut, mengurangkan kelemumur dan juga dapat melembutkan rambut. Caranya adalah dengan mengambil dua pelepah lidah buaya yang sudah dicuci. Kemudian gosokkan isinya yang berserta lendir tersebut  pada kulit kepala yang telah dicuci. Setelah itu balut rambut anda dengan kain dan bilas keesokan harinya. Elok buat pada malam hari sebelum tidur.

Dalam keadaan cuaca panas sekarang, mungkin ramai yang menghadapi masalah kulit kering. Lidah buaya boleh digunakan sebagai bahan pelembab semulajadi. Anda tidak perlu bingung lagi untuk mencari pelembab yang nyaman dan sesuai untuk kulit sensitif. Anda hanya perlukan lidah buaya saja untuk melembabkan kulit anda.

[ Pautan Info : Cara Tegangkan Kulit Muka ]

Hendak bulu kening tebal? Mudah sahaja, gunakan lendir  lidah buaya juga boleh digunakan untuk menebalkan kening anda. Caranya, setiap kali sebelum tidur,pastikan lendir tersebut disapukan pada alis anda.

Banyak lagi khasiat aloe vera atau lidah buaya ini. Mungkin boleh anda kongsikan diruangan komen.

Check Also

youtube trik

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *