Home » Resepi » Khasiat Dan Resepi Cara Buat Air Detox

Khasiat Dan Resepi Cara Buat Air Detox

Khasiat Dan Resepi Cara Buat Air Detox Infused Water. Banyak betul resepi yang akan keluar berkaitan cara membuat air detox ini bila kita gunakan enjin carian Google. Berbagai cara dan bahan boleh digunakan. Mesti banyak kelebihan air detox ini sehingga menjadi antara carian popular dalam kategori resepi.

Apa kata kita tengok apakah sebenarnya yang membuatkan air detox ini sangat popular. Apakah khasiatnya dan kelebihan yang akan kita dapat bila amalkan minum sepanjang masa.

cara buat air detox
Air Detox – sumber gambar puterikasih.com

KELEBIHAN AIR DETOX atau INFUSED WATER
– pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang
– Dapat bersihkan dan kawal usus
– penurunan berat badan (lemak, bukan air)
– kandungan toksin berkurangan
– sistem imun diperkukuhkan
– Dapat elak sembelit
– Boleh hilankan keinginan untuk mengambil gula dan perangsang yang lain
– Pembersihan sel dan pembinaan semula sel tubuh badan
– Kulit akan lebih berseri dan kulit sihat
– Dapat mengelakan berbagai penyakit dan alahan
– tahap tenaga meningkat tidak lesu sepanjang hari

Banyak lagi rasanya khasiat Air Detox ini. Berbagai cara resepi dan gabungan bahan digunakan dalam membuat air detox. Tidak susah rasanya buatnya kalau diikutkan resepi yang banyak dikongsi dilaman sosial.

Antara gabungan bahan dan buah-buahan yang popular untuk air detox adalah

– Oren , Lemon , Halia
– Timun, raspberry dan anggur
– Rhubarb, epal, dan Kulit Kayu Manis
– Strawberry and Limau
– Nanas and mint

Cara Buat Air Detox
1. Potong bahan bahan mengikut citarasa anda sendiri
2. Letakkan potongan tersebut di bawah jar, kemudian tambahkan ais diatas potongan bahan tersebut.
3. Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup.
4. Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais.
5. Siapa sudah boleh minum.

Selamat mencuba semoga perkongsian ini memberi manfaat.

sumber perkongsian internet dan kredit to www.azhafizah.com & puterikasih.com

Check Also

resepi air katira

Resepi Air Katira Minuman Popular Ramadhan

Resepi Air Katira Minuman Popular Ramadhan. Memang tidak dinafikan air katira adalah antara air yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *