Breaking News
Home » Kesihatan » Khasiat Buah Mangga

Khasiat Buah Mangga

Khasiat Buah Mangga. Anda penggemar buah mangga? Tidak kira yang muda atau yang sudah masak. Seeloknya makanlah yang sudah masak. Tahukah anda buah mangga ada kelebihan dan khasiat untuk tubuh badan? Mangga ataupun merupakan satu genus Mangifera tropika dalam famili Anacardiaceae.

Buah mangga mempunya beberapa kelebihan antaranya adalah seperti senarai dibawah.

1. Mengurangkan paras kolesterol
2. Dapat elakan risiko kanser
3. Membantu Penghadaman
4. Untuk Kesihatan Mata
5. Merangsang sistem imuniti badan

Mengurangkan paras kolesterol
Tahap vitamin C, pectin dan serat yang ditemui di tahap yang tinggi dalam mangga mampu untuk mengurangkan tahap kolesterol serum di dalam badan, khususnya LDL atau (low-density lipoprotein) juga dikenali sebagai kolestrol jahat.

Mangga dapat elak kanser
Kajian telah menunjukkan sebatian antioksidan dalam buah mangga telah ditemui untuk melindungi anda daripada kanser kolon, kanser payudara, kanser prostat dan leukemia. Sebatian ini adalah isoquercitrin, quercetin, fisetin, astragalin, methylgallat serta kandungan enzim yang banyak.

Membantu penghadaman
Terdapat banyak buah-buahan serat termasuk mangga yang mempunyai kualiti serat yang dapat membantu proses penyingkiran bahan yang tidak diperlukan badan juga memperbaiki penghadaman.

Untuk Kesihatan mata
Secawan jus mangga yang dihiris membekalkan 24 peratus daripada nilai harian Vitamin A yang diperlukan oleh badan yang dapat membantu memperbaiki tahap kejelasan mata anda serta mencegah mata daripada menjadi kering.

Merangsang sistem imuniti badan
Kandungan vitamin A dan juga vitamin C dalam mangga ditambah dengan 26 jenis carotenoids penuh manfaat pada badan manusia dapat membantu memastikan sistem imuniti anda menjadi lebih kuat dan sihat.

Kini anda sudah tahu serba sedikit khasiat buah mangga untuk kesihatan tubuh badan. Lepas ini bolehlah mula menjadi pemakan mangga yang tegar.

khasiah buah mangga
khasiah buah mangga

sumber majalah dara

Check Also

air suam

Kelebihan Minum Air Suam

Kelebihan Minum Air Suam. Kenapa perlu minum air suam? apakah kelebihannya pada kesihatan tubuh badan? …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *