Breaking News
Home » Ramadhan » Khasiat Buah Kurma

Khasiat Buah Kurma

Khasiat Buah Kurma. Buah kurma biasa dikaitkan dengan bulan puasa atau ramadhan. Namun sebenarnya buah kurma boleh sahaja dimakan sebagai amalan harian seperti lain-lain buah. Terlalu banyak kelebihan dan khasiat memakan kurma ini.

khasiat buah kurma
khasiat buah kurma

KURMA DALAM AL-QURAN
Dalam al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW.

KURMA MENGIKUT KAJIAN SAINS
kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja.

Banyak khasiat buah kurma atau tamar yang bagus untuk tubuh badan. Dibawah adalah beberapa kelebihan buah kurma.

KHASIAT BUAH KURMA
Buah kurma mempunyai kandungan serat yang tinggi terutama pada bahagian kulit. Sebab itu bila makan buat kurma tidak perlu buang kulit. Serat sangat diperlukan untuk lebih lawas.

Kurma sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia mampu menguatkan daya ingatan. Apa lagi boleh dah gantikan kismis dengan kurma untuk anak-anak anda.

Boleh digunakan dalam merawat berbagai penyakit. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Dengan mengamalkan makan kurma, dapat mengurangkan masalah usus dan sembelit. Kandungan gula ringkas (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan tenaga segera yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

KURMA UNTUK BERBUKA PUASA
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang lambat untuk dicerna seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *