Breaking News
Home » Kesihatan » Khasiat Buah Betik

Khasiat Buah Betik

Khasiat Buah Betik. Betik adalah antara buah-buahan yang mudah didapati di Malaysia. Tidak perlu menunggu musim untuk menikmati kelazatan buah ini. Boleh sahaja didapati dengan harga berpatutan di pasar, pasar tani atau kedai buah-buahan. Boleh juga ditanam sendiri sekitar rumah. Tidak perlu ladang pun kan.

Buah Betik mempunyai khasiat tersendiri
Buah Betik mempunyai berbagai khasiat buat tubuh badan manusia – gambar hiasan sumber Google Image

Banyak khasiat dan kelebihan buah betik ini buat tubuh badan. Jika nak tahu apa kelebihan memakan buah ini teruskan membaca.

Buah betik kaya dengan sumber vitamin. Vitamin yang terdapat pada buah betik adalah A dan C. Tahukah anda keperluan vitamin ini untuk badan? Buah betik kaya dengan vitamin A dan juga kalium. Vitamin A merupakan salah jenis vitamin yang larut dalam lemak. Vitamin A ini membantu menjaga kesihatan mata, membantu menyembuhkan luka, melawan kanser dan banyak lagi. Betik juga kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

Buah betik dapat mengatasi masalah sembelit. Ianya berkesan merawat buasir dan sembelit. Betik memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. Boleh cuba kepada yang mempunyai masalah ini.

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan.

Selain buahnya yang mempunyai khasiat, daun betik juga dikatakan banyak digunakan untuk rawatan tradisional melalui beberapa petua lama yang diamalkan dalam merawat sakit otot , masalah jerawat , masalah tumit pecah dan lain-lain.

Check Also

Menu sarapan pagi yang sihat

Menu Terbaik Sarapan Pagi

Menu Terbaik Sarapan Pagi. Bangun pagi biasanya rasa lapar adalah perkara biasa. Sebelum memulakan tugas …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *