Breaking News
Home » Info Hiburan » Khai Bahar Kini Artis NAR Records

Khai Bahar Kini Artis NAR Records

Khai Bahar Kini Artis NAR Records. Pengguna applikasi Smule pasti mengenali jejaka yang bernama Khai Bahar ini. Sebelum ini beliau telah lama popular di youtube hasil nyanyian cover atau karaoke yang dimuat naik olehnya.

Namun kemunculan video Khai Bahar berduet dengan Siti Nordiana menerusi Smule dengan lagi Memori Berkasih benar-benar melonjakkan namanya. Video yang dimuat naik dalam laman sosial youtube itu telah ditonton lebih sejuta kali semenjak 16 April 2016.

Bakat yang ada pada Khai Bahar membuatkan syarikat rakaman NAR Records telah menawarkan kontrak kepadanya selama dua tahun. Semoga kerjaya Khai terus cemerlang selepas ini dan berjaya dalam industri hiburan tanahair.

Khai Bahar bersama Siti Nordiana di Smule
Khai Bahar bersama Siti Nordiana di Smule

Profil atau biodata Khai Bahar
Nama penuh : Muhamad Khairul Baharudin
Umur : 22 tahun (2016)
Asal : Perlis

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *