Breaking News
Home » Santai » Khabar Jauh Dengar Dengarkan , Khabar Dekat Fikir Fikirkan

Khabar Jauh Dengar Dengarkan , Khabar Dekat Fikir Fikirkan


” kau tahu tak yang si Minah tu dah kena cerai sebab dia curang “
” aku dah agak dah dari dulu perangai dia memang teruk “
” padan muka dia..ingat dia bagus sangat “

Bulat bulat je terus nak percaya..senang senang je cakap orang teruk..macamlah dia tu yang baik..

Diatas tu cuma sekadar contoh je..tapi memang ada berlaku pun.Sebab kita ni mudah terima sesuatu cerita tu bulat bulat.Apa lagi kalau cerita tu cerita sensasi.Lagilah cepat panas..tersebar lagi pantas dari internet.Adakah kita terfikir betul atau tak sesuatu cerita tu??

Dapat je satu cerita terus je jadi murai tolong sampai sampaikan.Posmen pun kalau nak hantar surat kena asing asingkan dulu ikut tempat agar tak tersalah hantar.Jadi kita ni pun kena lah tapis tapis dulu.Janganlah main hentam sembrono je.Kalau cerita tu tak benar..takkan ke malu jadinya..tapi kalau cerita tu benar pun takkan kita nak sampaikan juga..itu maruah orang.yang kita nak sibuk sibuk hal dalam kelambu orang kenapa?? macam mana kalau hal2 dalam kelambu anda di sebar2kan..lebih2 lagi kalau hal2 yang tak benar..suka ke anda..??

Jadi sebelum mencanang menjual cerita bermodal air liur selidik le dulu.Fikir fikirkan supaya jangan ada hati yang terguris..jangan sampai ada yang bertegang leher menjulur lidah berdebat dengan isu2 yang remeh temeh..yang di sebut sebut nama kita juga sebab kita yang memulakan cerita..!!

Semoga kita menjadi insan yang lebih positif dalam berfikir..jangan tertipu dengan cerita yang tak pasti betulnya..jangan seperti lebih kuah dari sudu..yang tuan badan tak apa apa ..kita pula yang lebih lebih..!!

p/s : sekadar berkongsi..

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

11 comments

  1. kaji sebelum percaya.. hehehe

  2. Kata2 lebih tajam dari sebilah pisau, berhati hati bila nak cakap hehehe
    Bagus cerita ini saya suka…

  3. orang memang sukke bergosip dan ramai yg mudah menerima gosip tu bulat2 @.@

  4. manusia memang suka tambah sesedap rase cerite yang sedia ada 🙂

    Miss Dill^^

  5. humm. biasalah. mulut mnusia….

    y pnting kita kna slidik dlu b4 pcy 🙂

  6. tu lah manusia….bila tau salah…
    xmau pulak nak mintak maaf…

    kutuk kemain lg..aduuhh…

  7. mulut tempayan bleh tutup..mulut org ? kita bakor aje…..hehehhe

  8. tula pasal..org yg bgosip ni mmg la..ptut dicantas je..kalau xbetul apa mcm?

    fitnah la jadinya..

  9. ap orng ckp..kita dngr je la..yedak..^_^

  10. nie salah satu Sunatullah…tak boleh ubah hingga ke akhirnya…

  11. biasa lah manusia..aku pernah jd mangsa dlm keadaan cenggini, sedih? of course..huhu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *