Home » Agama » Kewajipan Membayar Zakat Fitrah

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah – As salam.. Dalam kita sibuk dengan persiapan hari raya jangan kita terlupa sesuatu yang wajib kita tunaikan. Jangan kita lupa pada zakat fitrah.Zakat fitrah ialah zakat badan yang dikeluarkan untuk diberi kepada fakir miskin bagi membersihkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia sepanjang bulan Ramadhan.Zakat yang diwajibkan ialah berupa makanan utama di sesebuah negeri seperti beras, gandum dan sebagainya atau di Malaysia, kadar bayarannya bersamaan dengan tiga cupak sukatan beras atau tiga kati dua belas tahil (dua Kilo 250 gram).
Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “ Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.” (Abu Daud).
Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadhan sehingga akhirnya iaitu sebelum sembahyang hari raya. Maka bagi sesiapa yang membayarnya selepas sembahyang hari raya, baginya menjadi sedekah biasa sahaja.Jadi jangan berlengah-lengah, ada kelapangan terus bayar..sumber rujukan Jakim.

Check Also

zakat fitrah 2015

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2015

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2015. Apabila tiba bulan ramadhan dan menjelang aidilfitri , perkara yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *