Home » Info Hiburan » Ketupat Palas Mr Handsome

Ketupat Palas Mr Handsome

Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr Handsome. Satu lagu drama terbaru akan disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 23 Jun 2016. Bakal menampilkan gandingan pelakon Mira Filzah dan Fattah Amin. Akan bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam selama 13 episod.

Sinopsis Ketupat Palas Mr Handsome
Kruz lakonan Fattah Amin berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Joe lakukan tugasannya. Kemudian dia bertemu dengan Ayu lakonan Mira Filzah dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana Salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja.

Ketupat Palas Mr Handsome
Ketupat Palas Mr Handsome

Saksikan kesudahan drama Ketupat Palas Mr Handsome setiap rabu hingga jumaat di Slot Lestary TV3.

Check Also

sinopsis dan pelakon shhh i love you

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You. Lain macam pula tajuk drama terbaru slot …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *