Home » Kesihatan » Kesan Selepas Berhenti Merokok

Kesan Selepas Berhenti Merokok

Kesan Selepas Berhenti Merokok – Banyak cara untuk kita berhenti merokok. Cara tradisional ada , cara moden pun boleh. Tapi sebenarnya paling penting adalah keinginan itu sendiri. Jika sudah tekad mahu berhenti merokok, pasti boleh walaupun sukar. Kata orang tidak cuba tidak tahu. Kalau sudah cuba pasti setuju.

kesan selepas berhenti merokok
kesan selepas berhenti merokok

Disini saya bukan hendak kongsikan tentang cara hendak berhenti merokok tapi kesan-kesan yang akan dialami apabila kita berhenti merokok. Paling senang, apakah kebaikan secara tidak langsung apabila berhenti merokok.

Apakah kesan selepas 20 minit berhenti merokok , maksudnya selepas 20 minit rokok terakhir yang anda hisap. Memang ada kesan positif selepas 20 minit rokok terakhir iaitu tekanan darah dan kadar denyutan nadi akan kembali pada paras normal, pengaliran oksigen meningkat dan aliran darah berjalan lancar. Memang ramai yang berhenti merokok 20 minit ini. Tapi inilah kesan positif apa yang ada dapat. Bayangkan jika teruskan kepada jam pula, hari , bulan , tahun.

Kesan selepas lapan jam rokok terakhir, kesan positifnya adalah kandungan karbon monoksida di dalam sistem tubuh kamu akan tersingkir 100 peratus dan digantikan dengan oksigen untuk darah berjalan seperti normal. Kata orang bernafaslah dalam kesegaran.

Selepas sehari atau 24 jam rokok terakhir anda hisap, risiko untuk diserang sakit jantung mula berkurangan malah kadar denyutan jantung, tekanan darah dan pengoksigenan darah juga kembali normal. Dalam tempoh dua hari atau 48 jam selepas berhenti merokok terakhir, saraf yang lemah akan kembali normal, deria hidu dan rasa juga akan kembali pulih seperti biasa. Sakit jantung datang tiba-tiba walaupun sebelum ini kita memang disahkan tiada masalah jantung. Benda dalaman ini kita tidak tahu sebab tak nampak. Sebab itu orang akan cakap serangan jantung.

Selepas satu hingga sembilan bulan selepas berhenti merokok ,kita sudah tidak lagi ada masalah batuk. Masalah hidung tersumbat dan keletihan sudah tidak ada. Paru-paru menjadi aktif dan tidak lagi mengalami sakit dada. Lima hingga 15 tahun selepas berhenti merokok kita tidak perlu risau diserang strok. Sepuluh tahun berhenti selepas merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan. Malah kanser lain seperti mulut, kerongkong, pundi, buah pinggang dan pankreas ternyata menurun. Jadi terlalu banyak kebaikan berhenti merokok.

Semoga apa yang dikongsikan akan memberi manfaat buat diri saya sendiri serta semua yang membaca artikel ini. sampai-sampaikan , pesan-pesankan semoga kita mampu bernafas dalam sejahtera. Insyaallah.

Diolah Dari Fakta sumber : HM Online

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *