Breaking News
Home » Berita » Kes Amuk Di JPM ( Jabatan Perdana Menteri ) 9 Jun 2012

Kes Amuk Di JPM ( Jabatan Perdana Menteri ) 9 Jun 2012

Kes Amuk Di JPM – Lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai di luar kompleks Jabatan Perdana Menteri ( JPM ) bersama seorang wanita ditembak mati oleh anggota Polis. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan.

Lelaki itu menyerang anggota unit peronda ( MVP ) Putrajaya yang cuba memujuknya dari jarak dekat dan menyebabkan anggota Polis terpaksa melepaskan 3 das tembakan yang mengenai lelaki dan wanita itu.

Polis masih menyiasat kes ini secara terperinci untuk mengetahui motif sebenar mereka mengamuk di JPM.



sumber BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *