Breaking News
Home » Berita » Kertas Bahasa Inggeris UPSR Pula Bocor

Kertas Bahasa Inggeris UPSR Pula Bocor

Kertas Bahasa Inggeris UPSR Bocor , Peperiksaan Semula Pada 30 September 2014 – Nampaknya sekali lagi kita dikejutkan dengan masalah kebocoran kertas peperiksaan UPSR. Jika semalam kertas UPSR Sains , hari ini kertas UPSR Bahasa Inggeris pula. Semua calon yang telah menduduki peperiksaan bahasa inggeris terpaksa menduduki  semula ujian kertas Bahasa Inggeris ini pada 30 September 2014. 
Dengan kejadian sebegini terlalu kerap  berlaku, pihak berwajib harus mengambil langkah proaktif dalam menangani permasalahan ini. Pasti dalang dibawa kemuka pengadilan. Saya percaya , dengan membuat peperiksaan semula , sedikit sebanyak boleh mengganggu fokus calon. Selain itu pembaziran juga akan berlaku untuk menyediakan kertas soalan yang baru.

Check Also

carta keputusan Liga Super 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018. Empat perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 berlangsung. Keputusan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *