Home » Petua Dan Tips » Kerja Sambilan Popular Yang Boleh Anda Cuba

Kerja Sambilan Popular Yang Boleh Anda Cuba

Kerja Sambilan Popular Yang Boleh Anda Cuba. Dengan situasi kehidupan yang semakin mencabar ketika suasana ekonomi yang tidak menentu sekarang pasti ramai yang menghadapi tekanan kewangan. Apa lagi dengan kenaikan kos sara hidup tidak kira kepada mereka yang tinggal di bandar atau di kampung. Kerja part time sangat diperlukan untuk ketika ini.

kerja sambilan popular
kerja sambilan popular

 

Salah satu pilihan yang boleh anda buat adalah mencari pendapatan sampingan. Mungkin tidak semua kerja kedua atau part time sesuai untuk kita buat ketika kita perlu memberikan komitmen kepada tugas sedia ada. Namun beberapa pilihan yang disertakan dibawah boleh di fikir-fikirkan jika ianya sesuai dengan gaya hidup anda.

Pegawai Promosi
Jika anda seorang yang berkebolehan dalam berkomunikasi tugas sebagai Pegawai Promosi mungkin bidang yang anda perlu cuba. Mempromosikan sesuatu produk dan boleh juga mendapat hasil dari jualan produk itu sendiri. Pendapatan boleh mencecah ratusan ringgit dan tidak mustahil jika betul caranya mampu mencapai ribuan ringgit.

Pembantu Jualan di Kiosk atau Pasaraya
Jika anda berkunjung ke pasaraya, pasti anda biasa nampak booth kecil atau kiosk yang menjual berbagai barangan. Booth kecil ini biasanya memang sentiasa memerlukan pekerja part-time. Ini juga boleh dijadikan salah satu usaha anda menambahkan pendapatan.

Restoran Makanan Segera
Banyak sahaja restoren makanan segera yang ada di Malaysia ini. Banyak restoran makanan segera memerlukan pekerja sambilan dalam menampung pelanggan yang ramai. Antara jawatan yang sering ditawarkan adalah seperti penghantar, juruwang dan juga pelayan.

Blogger
Mungkin ini memerlukan minat dan sedikit kemahiran asas untuk permulaan. Tugas yang tidak memerlukan masa yang banyak. Antara peluang yang tersedia adalah dengan membuat review produk , perkidmatan, event dan banyak lagi. Boleh juga mendapat pendapatan dari iklan-iklan yang anda tawarkan di blog.

Pensyarah Sambilan atau Guru Tuisyen
Bidang pendidikan juga banyak menawarkan kerja sambilan. Antaranya sebagai pensyarah atau guru tuisyen. Apa yang perlu adalah anda sentiasa peka dengan peluang-peluang yang sentiasa diiklankan olen institusi yang berkaitan.

Despatch atau Runner
Dengan musim perniagaan secara atas talian atau online menjadi trend terkini pasti ramai yang memerlukan despatch atau runner. Tugas anda sangat diperlukan oleh peniaga online.

Diatas adalah sebahagian dari kerja sambilan yang boleh anda cuba. Mungkin banyak lagi selain diatas. Jika anda minat berniaga secara sambilan itu pun adalah antara kerja sambilan yang boleh membantu meningkatkan pendapatan keluarga.

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *