Home » Motivasi » Kerana Mulut

Kerana Mulut

As salam, selamat berhujung minggu dan dah pastinya selamat menjalani ibadah puasa. Pagi ini nak cuit-cuit sikit pasal mulut ni.. macam-macam jenis mulut adakan..tapi yang ini pasal mulut manusia.. pepatah melayu ada berkata , kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan binasa..( tetapi ada gak yang selalu ubah kerana mulut pulut habis..).Tapi sebenarnya maksudnya tetap sama.

Terutama bulan Ramadhan ini ( bulan lain pun kena jaga juga..jangan amalkan secara bermusim pula ) , kena jaga mulut. Jangan banyak sangat berkata-kata. Semakin banyak bercakap nanti banyak lak tipunya, banyak lak mengatanya. Selalunya macam tu lah. Kita secara tak sedar kita pasti akan mengata seseorang walaupun waktu tu sekadar gurauan.

Jadi..siapa nak jaga mulut kita ? ehh jaga sendirilah..bersihkan setiap tutur katanya..jangan nanti orang cakap mulut kita ni macam longkang…haha ( aik..orang tu dah kira tak jaga mulut gak sebab mengata kita..huhu ) jadi pi mai pi mai tang tu gak.. jadi kena sama-samalah ye..

SELAMAT BERPUASA .. JAGA TUTUR JAGA BAHASA .. KERANA MULUT BADAN BINASA , KERANA MULUT BATAL PUASA ( jangan makan masa puasa..) Sekian..salah silap harap maaf..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

2 comments

  1. selaen jaga mulut, jgn lupa gosok gigi. tu pun kena jaga gak. ahakz…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *