Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Undian TM Piala Malaysia 2017

Keputusan Undian TM Piala Malaysia 2017

Malam ini akan dibuat undian peringkat kumpulan bagi saingan TM Piala Malaysia 2017. Enam belas pasukan akan terlibat dengan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Undian akan dibuat pada 22 Mei 2017. Adakah keputusan Undian TM Piala Malaysia 2017 seperti yang anda jangkakan.

TM Piala Malaysia 2017
TM Piala Malaysia 2017

Berikut adalah senarai pasukan mengikut balang sebelum undian dibuat.
BALANG 1 = JDT, Pahang, Kedah, Perak
BALANG 2 = Kelantan, Selangor, T-Team, Felda United
BALANG 3 = PKNS FC, Sarawak, Melaka United, Negeri Sembilan
BALANG 4 = Terengganu, PKNP FC, Kuala Lumpur, UiTM FC

Keputusan Undian TM Piala Malaysia 2017
Balang undian TM Piala Malaysia

Keputusan Undian TM Piala Malaysia 2017

Undian akan dibuat pada 22.5.2017 yang akan disiarkan secara langsung menerusi rancangan Score Board TV9 pada jam 10.30 malam. Kepada peminat dan penyokong pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan siaran langsung rancangan ini nanti.

Berikut adalah keputusan penuh undian TM Piala Malaysia 2017

KUMPULAN A
– Pahang
– T-Team
– Negeri Sembilan
– PKNP FC

KUMPULAN B
– Perak
– Felda United FC
– PKNS FC
– Kuala Lumpur

KUMPULAN C
– Kedah
– Kelantan
– Melaka
– UiTM FC

KUMPULAN D
– JDT
– Selangor
– Sarawak
– Terengganu

Jadual perlawanan Piala Malaysia akan dikemaskini selepas dikeluarkan oleh FMLLP nanti. Dijangka Piala Malaysia 2017 akan bermula selepas sambutan aidilfitri nanti. Untuk rekod Kedah adalah juara bertahan Piala Malaysia 2016.

Check Also

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah. Dua pasukan telah pun layak ke perlawanan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *