Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Undian Piala Dunia 2018

Keputusan Undian Piala Dunia 2018

Keputusan Undian Piala Dunia 2018. Hari ini jumaat pasti tumpuan peminat bolasepak akan terarah kepada 2018 World Cup draw. Majlis undian akan berlangsung di State Kremlin Palace di Moscow jam 6 petang waktu Moscow.

Keputusan Undian Piala Dunia 2018
Keputusan Undian Piala Dunia 2018

32 pasukan telah pun mengesahkan tiket ke pusingan akhir FIFA World Cup 2018 yang akan diadakan di Russia. Untuk undian ini yang pasti tuan rumah akan mengetuai kumpulan A.

Sebelum undian bermula, semua 32 pasukan diasingkan ke dalam empat balang. Setiap balang 8 pasukan yang dipilih berdasarkan status selaku pasukan tuan rumah dan ranking FIFA pada bulan Oktober 2017.

Berikut adalah pembahagian balang untuk undian Piala Dunia 2018.
Balang Satu = Russia (tuan rumah), Jerman (juara bertahan), Brazil, Portugal, Argentina, Belgium, Poland, Perancis

Balang Dua = Sepanyol, Peru, Switzerland, England, Colombia, Mexico, Uruguay, Croatia

Balang Tiga = Denmark, Iceland, Costa Rica, Sweden, Tunisia, Mesir, Senegal, Iran

Balang Empat = Serbia, Nigeria, Australia, Jepun, Maghribi, Panama, Korea Selatan, Arab Saudi

Pasukan daripada keempat-empat balang akan diundi dan dibahagikan kepada lapan kumpulan iaitu Kumpulan A hingga H. Tuan rumah Russia akan mengetuai kumpulan A. Setiap kumpulan terdiri daripada empat pasukan. Pasukan daripada benua yang sama tidak boleh diletakkan dalam kumpulan yang sama, kecuali pasukan dari benua Eropah yang boleh mempunyai maksimum dua pasukan setiap kumpulan.

Keputusan Undian Piala Dunia 2018

Berikut adalah keputusan undian Piala Dunia 2018

KUMPULAN A
– Russia
– Arab Saudi
– Mesir
– Uruguay

KUMPULAN B
– Portugal
– Sepanyol
– Maghribi
– Iran

KUMPULAN C
– Perancis
– Australia
– Peru
– Denmark

KUMPULAN D
– Argentina
– Iceland
– Crotia
– Nigeria

KUMPULAN E
– Brazil
– Switzerland
– Costa Rica
– Serbia

KUMPULAN F
– Jerman
– Mexico
– Sweden
– Korea Selatan

KUMPULAN G
– Belgium
– Panama
– Tunisia
– England

KUMPULAN H
– Poland
– Senegal
– Colombia
– Jepun

Apakah pasukan pilihan anda? Piala Dunia 2018 atau FIFA World Cup 2018 akan berlangsung pada 14 jun hingga 15 julai 2018 di Russia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *