Home » Info Sukan » Keputusan Undian Piala AFF Suzuki 2012

Keputusan Undian Piala AFF Suzuki 2012

Keputusan Undian Piala AFF Suzuki 2012 | Undian Piala AFF Suzuki – Piala AFF Suzuki bakal diadakan pada 24 November hingga 22 Disember 2012 di dua venue iaitu Stadium Rajamangala ,Bangkok dan Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan di Bangkok adalah untuk kumpulan A manakala di Kuala Lumpur untuk kumpulan B.

Undian untuk saingan Piala AFF Suzuki 2012 telah pun dibuat di Bangkok hari ini 11 Julai 2012. Berikut adalah keputusan undian.

KUMPULAN A ( Stadium Rajamangala , Bangkok )
Thailand , Vietnam , Filipina , juara pusingan kelayakan.

KUMPULAN B ( Stadium Nasional Bukit Jalil )
Malaysia , Singapura , Indonesia , naib juara pusingan kelayakan

Pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki akan berlangsung dari 5 hingga 13 Oktober di Myanmar dengan format kalah mati membabitkan pasukan Brunei, Kemboja, Laos, Timor Leste dan Myanmar. 

Skuad Malaysia akan membuka kempen kejohanan menentang Singapura pada 25 November diikuti menentang naib juara pusingan kelayakan pada 27 November sebelum menutup aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember.  


Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

2 comments

  1. xlama jerh lagi ni..semangat nih ^_^

  2. yeah!! tak sabau nak tunggu nie.. hope Malaysia menang lagi. hehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *