Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan UEFA Europa League

Keputusan UEFA Europa League

Keputusan UEFA Europa League atau Liga Europa yang berlangsung pada 19 Februari 2015. Liverpool vs Besiktas antara perlawanan yang menjadi tumpuan. Ini merupakan perlawanan pusingan pertama peringkat kalah mati yang melibatkan 32 pasukan.

Perlawanan tumpuan peminat di Malaysia pasti kepada aksi kelab inggeris Liverpool vs Besiktas. Perlawanan di Stadium Anfield ini berkesudahan dengan keputusan 1-0 hasil sepakan penalti penyerang kontroversi Mario Balotelli.

Paling menarik, aksi sepakan penalti ini turut menyaksikan aksi kurang senang pemain apabila berlaku kekeliruan siapa yang akan mengambilnya. Mario Balotelli mencetuskan sedikit rasa tidak senang rakan sepasukan apabila mengambil sepakan yang sepatutnya bukan dia yang ambil.Daniel Sturridge kelihatan tidak gembira, begitu juga ketua pasukan Jordan Henderson, tetapi Balotelli mengabaikan mereka dan dengan tenang menyumbat masuk gol kemenangan.

Keputusan Uefa europa league
Keputusan Uefa europa league

Dibawah adalah keputusan penuh perlawanan Europa League

Sevilla FC 1 – 0 Borussia M’gladbach
Ajax 1 – 0 Legia Warszawa
Anderlecht 0 – 0 Dinamo Moscow
En Avant Guingamp 2 – 1 Dynamo Kiev
Villareal CF 2 – 1 Red Bull Salzburg
Liverpool 1 – 0 Besiktas
Tottenham Hotspur 1 – 1 Fiorentina
Celtic 3 – 3 Internazionale
BSC Young Boys 1 – 4 Everton
Torino 2 – 2 Athletic Club
VfL Wolfburg 2 – 0 Sporting Lisbon
AsB 1 – 3 Club Brugge
Dnipro Dnipropetrovsk 2 – 0 Olympiacos
Trabzonspor 0 – 4 Napoli
AS Roma 1 – 1 Feyenoord
PSV 0 – 1 Zenit St Petersburg

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *