Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan UEFA Champions League 24.2.15

Keputusan UEFA Champions League 24.2.15

Keputusan UEFA Champions League 24.2.15 menyaksikan dua perlawanan peringkat 16 pasukan terbaik membabitkan Manchester City vs Barcelona dan Juventus vs Borussia Dortmund.

Luis Suarez menjadi wira Barcelona apabila menjaringkan dua gol sekaligus memberikan sedikit kelebihan buat pasukannya menjelang pertemuan kedua di Nou Camp nanti. Sergio Aguero memberi sedikit harapan buat Man City apabila jaringannya dapat merapatkan jurang selain sepakan penalti Lionel Messi yang diselamatkan oleh  Joe Hart.

Dalam satu lagi perlawanan Juventus menundukkan Borussia Dortmund 2-1 di Turin. Carlos Tevez dan Alvaro Morata menjaringkan gol buat Juventus manakala Marco Reus merapatkan jurang jaringan untuk memberikan harapan buat BVB dalam perlawanan kedua dihalaman sendiri nanti.

KEPUTUSAN
Man City 1 Barcelona 2
Juventus 2 Borussia Dortmund 1

UEFA champions league UCL
UEFA champions league UCL

Check Also

UEFA CHAMPIONS LEAGUE UCL

Keputusan Champions League UCL 2016/2017

Keputusan Champions League UCL 2016/2017. Pasti ramai peminat bolasepak eropah di Malaysia terutama membabitkan aksi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *