Home » Info Sukan » Keputusan UEFA Champions League 18 Februari 2015

Keputusan UEFA Champions League 18 Februari 2015

Keputusan UEFA Champions League 18 Februari 2015. Dua lagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah berlangsung membabitkan FC Basel vs FC Porto dan Schalke vs Real Madrid dalam pusingan pertama 16 terbaik.

Perlawanan Basel dan Porto berakhir dengan keputusan seri 1-1 dengan FC Basel mendahului seawal minit 11 melalui Derlis Gonzalez sebelum sepakan penalti minit 79 melalui Danilo memberikan Porto sedikit kelebihan menjelang pertemuan kedua nanti.

Dalam satu lagi perlawanan Real Madrid seakan mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir apabila membenam cabaran Schalke di arena lawan 2-0. Dua gol melalui penyerang terbaik dunia Cristiano Ronaldo pada minit 26 dan Marcelo pada minit 79 memberi kelebihan buat Madrid dalam pertemuan di tempat sendiri pada perlawanan kedua nanti.

KEPUTUSAN PENUH UCL
FC Basel 1 FC Porto 1
Schalke 0 Real Madrid 2

Ronaldo Score
Aksi Cristiano Ronaldo ketika menjaringkan gol pertama Real Madrid – Gambar UEFA

Empat lagi perlawanan akan berlangsung pada 24 dan 25 februari 2015 .

Keputusan Perlawanan pada 17 Februari 2015

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *