Home » Info Sukan » Keputusan Suku Akhir Piala Asia 2015

Keputusan Suku Akhir Piala Asia 2015

Keputusan Suku Akhir Piala Asia 2015. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan suku akhir Piala Asia 2015 yang sedang berlangsung di Australia. Perlawanan membabitkan Jepun vs UAE, Iran vs Iraq , China vs Australia dan Korea Selatan vs Uzbekistan.

KEPUTUSAN PERLAWANAN
Jepun vs UAE 1-2
Iran vs Iraq 1-1 ( penalti 3-4 )
China vs Australia 0-2
Korea vs Uzbekistan 2-0

Tim Cahill
Dua gol dari pemain veteran Tim Cahill bantu Australia layak ke Separuh Akhir atasi China 2-0 . foto AFC

Tim Cahill muncul wira Australia apabila dua gol pemain veteran itu memacu pasukan tuan rumah layak ke separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Asia 2015. Tim Cahill menjaringkan dua gol untuk membantu pasukan menewaskan China 2-0 dalam saingan suku akhir di sini. Gol pertama daripadanya pada minit ke-49 amat menakjubkan menerusi sepakan gunting yang dilabel terbaik dalam kancah kejohanan benua ini dan menambah angka kedua dengan tandukan padu minit ke-65.

Son Heung Min
Son Heung Min Menjaringkan dua gol membantu Korea menewaskan Uzbekistan 2-0 dalam perlawanan yang berlarutan ke masa tambahan. – foto AFP

Son Heung-Min menyumbat dua gol membantu Korea Selatan menewaskan Uzbekistan 2-0 selepas masa tambahan untuk layak ke separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Asia 2015. Son Heung-Min menjaringkan gol pertama hasil tandukan dari jarak dekat pada akhir babak pertama masa tambahan sebelum merembat gol kedua untuk mengesahkan tiket Korea Selatan di separuh akhir.

 

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *