Menu Tutup

Keputusan Siri Super Terbuka Malaysia 2012 | Lee Chong Wei Mara , Lin Dan Tewas

Keputusan Pusingan Kedua Super Series Terbuka Malaysia 2012 | Super Series Terbuka Malaysia Result 12 Januari 2012 – Datuk Lee Chong Wei meneruskan cabaran dalam kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia 2012 apabila berjaya menewaskan pemain Jepun,Kazushi Yamada dengan keputusan 21-8 dan 21-18.Lee Chong Wei mara ke peringkat suku akhir dan bakal bertemu Taufik Hidayat.
Kejutan turut berlaku apabila pilihan kedua dan juga pencabar utama Lee Chong Wei iaitu Lin Dan tewas kepada pemain Denmark dengan keputusan 14-21, 21-15, 21-15.Nampaknya laluan untuk Lee Chong Wei mencari kejuaraan Terbuka Malaysia yang ke lapan semakin cerah,namun segalanya terpulang kepada Lee Chong Wei sendiri dalam aksi di gelanggang.

1 Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *