Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2016

Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2016

Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2016. Hari ini 20.5.2016 akan berlangsung perlawanan peringkat separuh akhir dimana empat pasukan telah pun mengesahkan tempat selepas berakhir aksi suku akhir semalam. Malaysia, Denmark, Indonesia dan Korea bakal berentap untuk penentuan ke perlawanan akhir.

Malaysia bakal berdepan cabaran Denmark setelah berjaya mengenepikan Taiwan. Namun Denmark mencipta kejutan apabila menewaskan juara bertahan Jepun. Bukan laluan mudah buat skuad Piala Thomas Malaysia yang dijangka akan terus mengharapkan Datuk Lee Chong Wei dan Iskandar Zulkarnain menyumbangkan mata tetap dalam acara perseorangan.

Dalam satu lagi perlawanan, Indonesia berdepan Korea yang berlangsung lebih awal. Korea pasti menjadi pasukan tumpuan apabila berjaya menewaskan kuasa badminton dunia iaitu China pada aksi suku akhir.

Separuh Akhir Piala Thomas 2016
Separuh Akhir Piala Thomas 2016

KEPUTUSAN PENUH PIALA THOMAS 2016 SEMIFINALS
Indonesia vs Korea 3-1 ( finish )
Malaysia vs Denmark 2-3 ( finish )

Untuk info, semua perlawanan separuh akhir Piala Thomas boleh diikuti secara langsung menerusi Astro Arena 801 pada jam 1.00 petang untuk pertemuan Indonesia dan Korea manakala Malaysia vs Denmark pada jam 7 malam.

Check Also

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan, itu ada yang dipetik dari beberapa sumber artikel laman berita …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *