Home » Info Sukan » Keputusan Separuh Akhir Piala FA Inggeris

Keputusan Separuh Akhir Piala FA Inggeris

Keputusan Separuh Akhir Piala FA Inggeris Liverpool vs Aston Villa. Hari ini 19 April 2015 telah berlangsung satu lagi perlawanan semi final FA Cup dimana menyaksikan pertemuan Liverpool dan Aston Villa.

Keputusan Piala FA Inggeris
Piala FA Inggeris

Dalam perlawanan ini , Aston Villa mencatat kemenangan 2-1 mengatasi Liverpool dan mara ke perlawanan akhir yang dijadualkan pada 30 Mei 2015. Lawan Aston Villa di final adalah Arsenal.

Liverpool mendahului lebih awal hasil jaringan Philippe Coutinho namun hanya mampu bertahan enam minit apabila Christian Benteke menyamakan kedudukan pada minit ke 36 separuh masa. Fabian Delph menjadi wira Villa dengan jaringan gol kemenangan pada minit ke 56.

Aston Villa buat masa ini masih bergelut dalam usaha mereka kekal dalam saingan EPL namun kejayaan layak ke perlawanan akhir Piala FA ini pasti mampu menyuntik semangat mereka dalam mengharungi baki perlawanan liga yang semakin sampai ke penghujung.

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *