Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Separuh Akhir Piala Asia 2015

Keputusan Separuh Akhir Piala Asia 2015

Keputusan Separuh Akhir Piala Asia 2015. Peminat bolasepak pasti ada yang mengikuti perkembangan bolasepak Piala Asia 2015 atau AFC Asian Cup 2015 yang sedang berlangsung di Australia. Kejohanan telah pun sampai ke peringkat semi final dengan empat pasukan terbaik telah layak. Korea Selatan vs Iraq dan Australia vs UAE.

AFC ASIAN CUP 2015
AFC ASIAN CUP 2015

Dalam perlawanan yang membabitkan Australia vs UAE pada 27 Januari 2015, Australia mengatasi UAE dengan jaringan 2-0 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Asia 2015.

Dua gol pada babak pertama daripada pemain pertahanan, Trent Sainsbury dan Jason Davidson membantu Australia layak ke final. Kejayaan melangkah ke final ini adalah kali kedua berturut-turut bagi pasukan Australia.

Sebelum itu pada 26 Januari 2014, Korea Selatan terlebih dahulu layak ke perlawanan akhir apabila menewaskan Iraq 2-0.  Gol melalui Lee Jeong-Hyeop dan Kim Young-Gwon membantu Korea Selatan layak ke final kejohanan bola sepak Piala Asia 2015 buat kali pertama sejak yang terakhir 27 tahun lalu.

Korea Selatan mendahului pada minit ke-20 hasil jaringan Lee Jeong-Hyeop m-20 sebelum mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua menerusi Kim Young-Gwon pada minit ke-50).

Pengendali berbangsa Jerman itu berkata kejayaan Korea selatan menewaskan Australia 1-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan tidak memberi apa-apa kelebihan andai mereka bertembung lagi dalam final pada 31 Januari 2015.

Check Also

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017. Hari ini berlangsung perlawanan yang ke 22 yang juga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *