Breaking News
Home » Berita » Keputusan Rayuan Kes Transgender Hari Ini

Keputusan Rayuan Kes Transgender Hari Ini

Keputusan Rayuan Kes Transgender Hari Ini. Apakah rayuan yang dibuat kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, ketua pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Sembilan dan ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu transgender membabitkan lelaki Islam yang berpakaian wanita akan dibenarkan.

rayuan kes transgender

Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan pihak diatas bagi kebenaran untuk merayu daripada mahkamah tertinggi itu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan sebagai tidak sah enakmen Syariah negeri yang menghukum lelaki Islam berpakaian wanita.

Pemohon dalam kes sivil perlu terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan sebelum memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Jika Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bagi kebenaran, mereka boleh terus memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tetapi jika mereka gagal, keputusan Mahkamah Rayuan akan dikekalkan.

Sebelum ini pada Pada 7 Nov 2014, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang difailkan oleh tiga jurumekap pengantin iaitu Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, Syukor Jani, dan Wan Fairol Wan Ismail dan mahkamah mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan melanggar perlembagaan negara.

Sumber AstroAwani

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *