Breaking News
Home » Berita » Keputusan Rayuan Kes Liwat Anwar Ibrahim

Keputusan Rayuan Kes Liwat Anwar Ibrahim

Keputusan Rayuan Kes Liwat Anwar Ibrahim. Kes Liwat II. Keputusan sebulat suara yang dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkaitan kes liwatnya sebelum ini. Mahkamah Persekutuan telah memuktamadkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Sebelum ini rayuan akhir Anwar itu telah didengar selama lapan hari bermula 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu di hadapan panel lima hakim mahkamah tertinggi negara.

Fakta kes adalah Anwar Ibrahim didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Keputusan Rayuan Kes Liwat Anuar Ibrahim
Keputusan Rayuan Kes Liwat Anuar Ibrahim

Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Jika hukuman penjara itu dikekalkan, Anwar akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.

 

sumber Sinar Harian / BH Online
Gambar Sinar Harian

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *