Home » Berita » Keputusan PRK Rompin 5 Mei 2015

Keputusan PRK Rompin 5 Mei 2015

Keputusan PRK Rompin 5 Mei 2015. Hari telah berlangsung Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin atau PRK Rompin 2015 yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional ( BN ) dan Parti Islam Semalaysia ( PAS ). PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih.

Dalam pertandingan kali ini , Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Datuk Hasan Arifin manakala calon PAS diwakili oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad. Siapakah yang akan menang akan ditentukan oleh undi pengundi berdaftar di Rompin yang meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman,

Keputusan PRK Parlimen Rompin 5 Mei 2015
Keputusan PRK Parlimen Rompin 5 Mei 2015

 

KEPUTUSAN RASMI PRK ROMPIN 5.5.2015

Datuk Hasan Arifin (BN) = 23796 Undi [ MENANG ]

Ustaz Nazri Ahmad (PAS) = 14901 Undi

Majoriti = 8895 Undi

** keputusan akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dikeluarkan oleh SPR setelah selesai penjumlahan undi yang akan dibuat Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

LAPORAN TIDAK RASMI PENJUMLAHAN UNDI ( sumber akhbar )

– 9.00 malam Selepas pengiraan 30 peti undi daripada 120 peti undi keseluruhan, Hasan mendahului Nazri dengan majoriti 2,412 undi. Setakat ini, Hasan memperoleh 4,809 undi manakala Nazri 2,397 undi.

– Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin mendahului calon PAS, Nazri Ahmad dengan majoriti 3,808 undi sehingga jam 9.30 malam. Mengikut keputusan rasmi 50 peti undi diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Hasan memperoleh 8,805 undi manakala Nazri 4,997 undi.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *