Breaking News
Home » Berita » Keputusan PRK DUN Chempaka

Keputusan PRK DUN Chempaka

Keputusan PRK DUN Chempaka 22 Mac 2015. Hari ini telah berlangsung pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka , Kelantan. Persaingan lima penjuru ini seperti sudah dijangka apabila PAS berjaya mempertahankan kerusi dengan kemenangan besar.

Calon PAS , Ahmad Fathan Mahmood menang dengan majoriti 10,092 undi menewaskan empat calon bebas. Peratusan keluar mengundi menurun dengan 55 peratus saja dicatatkan pada PRK kali ini berbanding 85.93 peratus pada PRU-13.

Keputusan PRK DUN Chempaka 22 Mac 2015

KEPUTUSAN PRK DUN CHEMPAKA
Ahmad Fathan Mahmood ( PAS ) – 10,092
Izat Bukhary Ismail Bukhary ( BEBAS ) – 51
Sharif Mahmood ( BEBAS ) – 807
Fadzillah Hussin ( BEBAS ) – 89
Aslah Mamat ( BEBAS ) – 27

Undi Rosak – 140

PRK DUN Chempaka ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,  pada 12 Februari 2015.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *