Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Piala Sumbangsih 2015

Keputusan Piala Sumbangsih 2015

Keputusan Piala Sumbangsih 2015 JDT vs Pahang 31 Januari 2015. Pertemuan pembuka saingan Liga Malaysia 2014 dalam Piala Sumbangsih 2015 atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah menjadi milik Johor Darul Takzim JDT. Perlawanan ini juga dikira sebagai perlawanan Liga Super 2015.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ini menampakan penguasaan pasukan JDT dengan corak permainan menyerang dan tersusun dengan barisan tengah yang dikemudi Safiq Rahim banyak mencipta peluang buat barisan depan JDT.

Gol pembukaan perlawanan dijaringan oleh pemain pertahanan tuan Johor Darul Takzim JDT, Marcos Antonio hasil tandukan menerusi sepakan sudut pada minit ke-36. JDT terus menambah jaringan menerusi Luciano Figueroa pada minit ke 58 untuk mendahului dengan jaringan 2-0.

Permainan yang rancak dengan Pahang cuba bangkit disaat akhir namun gagal menyaingi pasukan JDT sehingga tamat perlawanan. JDT muncul juara Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Azlan Shah dan sekaligus memungut  3 mata untuk saingan Liga Super 2015. Kali terakhir JDT memenangi Piala Sumbangsih pada tahun 1986 yang pada ketika itu pasukan dikenali dengan Johor.

Piala Sumbangsih 2015
Piala Sumbangsih 2015

 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *