Home » Info Sukan » Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017. Enam lagi perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung. Hari ini merupakan perlawanan kelima peringkat kumpulan. Keputusan hari ini pasti akan menyaksikan beberapa pasukan akan layak ke suku akhir lebih awal selepas Selangor, PKNP FC dan Perak yang telah mengesahkan tempat.

keputusan Piala Malaysia 1 ogos 2017
keputusan Piala Malaysia 1 ogos 2017

Perlawanan tumpuan sudah pasti kepada aksi kumpulan A di Stadium Darul Makmur pertemuan Pahang dan PKNP FC. Pahang perlu menang untuk memastikan terus bersaing dengan PKNP FC sudah pasti tiada tekanan kerana sudah layak. Jika Pahang tewas dan Negeri Sembilan menang ke atas T-Team, pasukan Tok Gajah bakal tersingkir.

Aksi dalam kumpulan B turut menarik dengan Kuala Lumpur bakal bertandang ke Ipoh untuk mencari mata penuh berdepan Perak sambil mengharapkan Felda United tewas dengan PKNS FC. Walaupun peluang agak tipis namun segalanya mungkin. Namun semuanya bergantung kepada keputusan perlawanan lain. Perlawanan Felda United vs PKNS FC disiarkan secara langsung di TV9.

Saingan kumpulan C agak sengit dengan kelebihan kepada pasukan Kedah yang kini mengumpul 9 mata. Jika menang keatas UiTM FC mereka bakal layak lebih awal. Pertemuan Kelantan vs Melaka pada esok 2.8.2017 di Kota Bharu juga menarik kerana kedua pasukan kini berkongsi enam mata. Pasukan yang menang bakal mendapat kedudukan selesa untuk layak dengan perlawanan terakhir kumpulan akan menjadi penentu.

Pertemuan JDT dan Terengganu juga menarik. Pasukan Terengganu perlu menang untuk memastikan peluang masih ada untuk layak. Sementara Selangor yang melayan Sarawak di Stadium Selayang pada rabu 2 ogos 2017 sudah pasti tiada tekanan kerana mereka sudah pun menempah slot ke suku akhir lebih awal.

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan TM Piala Malaysia 1.8.2017

Kumpulan A
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
T-Team vs Negeri Sembilan [ 4-1 ]

Stadium Darul Makmur
Pahang vs PKNP FC [ 6-0 ]

Kumpulan B
Stadium Tun Abdul Razak
Felda United vs PKNS FC [ 3-2 ]

Stadium Perak, Ipoh
Perak vs Kuala Lumpur [ 2-0 ]

Kumpulan C
Stadium Darul Aman
Kedah vs UiTM FC [ 1-0 ]

Stadium Sultan Mohammad IV ( 2 ogos 2017 )
Kelantan vs Melaka United [ 0-0 ]

Kumpulan D
Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos
JDT vs Terengganu [ 5-0 ]

Stadium MP Selayang ( 2 ogos 2017 )
Selangor vs Sarawak [ 0-0 ]

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *