Home » Info Sukan » Keputusan Piala FA Suku Akhir 1 April 2017

Keputusan Piala FA Suku Akhir 1 April 2017

Keputusan Piala FA Suku Akhir 1 April 2017. Saingan Piala FA Malaysia kembali dengan aksi suku akhir pertama yang akan membabitkan 8 pasukan pada 1.4.17. Pusingan suku akhir akan dijalankan secara timbal balas.

suku akhir Piala FA 2017
Jadual suku akhir Piala FA 2017

Perlawanan tumpuan sudah pasti kepada aksi di Stadium Darul Makmur Kuantan yang akan menyaksikan Pahang vs JDT. Dua seteru utama bolasepak Malaysia ini akan menjanjikan aksi sengit. Rekod tahun ini menyaksikan JDT berjaya menumpaskan Pahang di Larkin dalam aksi Liga Super. Namun Piala FA 2017 adalah saingan berbeza. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di TV9.

Sabah akan menanti kehadiran Negeri Sembilan di Stadium Likas. Dengan aksi konsisten dalam saingan Liga Perdana, pasukan Sabah dijangka akan menghadapi laluan sukar berdepan skuad Hobin Jang Hobin. Pendahulu liga super iaitu Kedah bakal berdepan dengan pasukan yang penuh kejutan iaitu PKNP FC di Stadium Darulaman. Apa yang pasti, Kedah sukar digugat dihalaman sendiri namun PKNP FC yang bermain buat pertama kali dalam saingan Piala FA sudah pasti mahu terus mencipta sejarah layak lebih jauh.

Satu lagi perlawanan adalah pertemuan Terengganu vs Sarawak di Kuala Terengganu. Perlawanan dijangka seimbang dengan kedua pasukan mempunyai peluang sama rata untuk meneruskan saingan ke peringkat seterusnya.

Dibawah adalah keputusan penuh perlawanan Piala FA suku akhir pertama 1 April 2017.

KEPUTUSAN

Stadium Darul Makmur
Pahang [ 3 ] – [ 1 ] JDT

Stadium Darul Aman
Kedah [ 6 ] – [ 1 ] PKNP FC

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Terengganu [ 1 ] – [ 1 ] Sarawak

Stadium Likas Kota Kinabalu
Sabah [ 0 ] – [ 1 ] Negeri Sembilan

( semua perlawanan bermula jam 9 malam kecuali Sabah vs Negeri Sembilan jam 8.15 malam )

Check Also

Keputusan Final Piala FA 2017

Keputusan Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah

Hari ini berlangsung aksi kemuncak Piala FA Malaysia 2017. Pertemuan Pahang dan Kedah di Stadium …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *