Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Piala FA Lions XII vs JDT II

Keputusan Piala FA Lions XII vs JDT II

Keputusan Piala FA Lions XII vs JDT II 8 April 2015. Hari ini cuma berlangsung satu perlawanan peringkat suku akhir Piala FA dimana tiga perlawanan telah berlangsung semalam. Hari ini menyaksikan pertemuan dua pasukan dari selatan.

Piala FA 2015
Piala FA 2015

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar , Singapore menyaksikan tuan rumah memastikan bekalan selesa pada perlawanan kedua nanti apabila menang dengan keputusan 2-0 keatas JDT II. Selepas mendahului seawal minit kelima menerusi Khairul Amri Kamal, skuad kendalian Fandi Ahmad itu membawa bekalan selesa untuk aksi kedua di Pasir Gudang, 22 April ini apabila Christopher van Huizen menambah gol kedua tuan rumah pada masa kecederaan.

Dengan kekalahan ini tugas sukar menanti pasukan dari liga perdana ini untuk memastikan defisit dua gol dipadamkan dalam perlawanan kedua nanti. Kekalahan JDT II ini juga menyaksikan dua pasukan liga perdana tewas setelah Pulau Pinang turut kecundang kepada Pahang.

Perlawanan kedua peringkat suku akhir akan berlangsung pada 21 dan 22 April 2015 sebelum saingan separuh akhir pada 8 dan 9 Mei serta 15 dan 16 Mei. Perlawanan akhir pula pada 23 Mei 2015.

KEPUTUSAN PENUH SUKU AKHIR PIALA FA PERLAWANAN PERTAMA

Pahang – Pulau Pinang 2-0

Terengganu – Perak 1-1

Sime darby – Kelantan 1-1

Lions XIi – JDT II 2-0

 

 

Check Also

Siaran Langsung Piala FA 2017

Siaran Langsung Piala FA 2017 Separuh Akhir Kedua

Aksi saingan Piala FA Malaysia 2017 semakin menuju ke kemuncak. Malam ini 13 Mei 2017 …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *