Home » Info Sukan » Keputusan Piala FA 7 April 2015

Keputusan Piala FA 7 April 2015

Keputusan Piala FA 7 April 2015. Tiga perlawanan peringkat suku akhir berlangsung hari ini ( 7.4.2015 ). Perlawanan tumpuan pasti kepada pertemuan Terengganu vs Perak di Kuala Terengganu selain dua lagi aksi di Stadium Selayang , Sime Darby vs Kelantan dan Pahang vs Pulau Pinang di Kuantan.

Satu lagi perlawanan yang membabitkan Lions XII vs JDT II akan berlangsung esok di Stadium Jalan Besar, Singapore. Semua perlawanan ini adalah perlawanan pertama dan mereka bakal bertemu sekali lagi secara timbal balas.

Berikut adalah keputusan perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA.

Pahang vs Pulau Pinang  2-0 *

Sime Darby vs Kelantan 1-1 *

Terengganu vs Perak 1-1 *

* full time

Piala FA 2015
Piala FA 2015

Keputusan di Stadium Selayang menyaksikan Sime Darby berjaya mengikat Kelantan 1-1. Kelantan mendahului pada minit ke 44 menerusi Erwin Carillo namun Nemanja Vidakovic berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama. Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Dua gol dari Hafiz Kamal dan Dickson Nwakaeme pada awal babak pertama memberikan bekalan selesa Pahang untuk perlawanan kedua menentang Pulau Pinang.

Dalam satu lagi perlawanan , gol penalti Paul Rangel pada masa kecederaan berjaya mengikat kedudukan 1-1 dalam pertemuan Terengganu dan Perak. Gol Perak dijaringkan oleh Zubir Azmi ( gol sendiri )

Teruskan bersama Mysensasi untuk keputusan terkini Piala FA 2015

Check Also

Keputusan Final Piala FA 2017

Keputusan Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah

Hari ini berlangsung aksi kemuncak Piala FA Malaysia 2017. Pertemuan Pahang dan Kedah di Stadium …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *