Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Piala FA 30 April 2017 Separuh Akhir

Keputusan Piala FA 30 April 2017 Separuh Akhir

Keputusan Piala FA 30 April 2017. Malam ini dua perlawanan separuh akhir pertama Piala FA akan berlangsung membabitkan Pahang vs Negeri Sembilan dan Kedah vs Terengganu. Hanya satu perlawanan disiarkan secara langsung di TV9.

Keputusan Piala FA 30 April 2017

Keputusan Pahang vs Negeri Sembilan 30.4.2017

Perlawanan di Stadium Darul Makmur ini diselubungi kontroversi luar padang berkaitan siaran langsung. Namun diharap aksi diatas padang akan sengit. Negeri Sembilan yang juga pendahulu Liga Perdana mencipta kejutan musim ini dengan prestasi yang membanggakan begitu juga dengan Pahang yang agak goyah musim lalu.

Pasukan manakah yang akan membawa bekalan selesa dalam perlawanan separuh akhir kedua nanti. Berikut adalah keputusan Piala FA 30 April 2017 Pahang vs Negeri Sembilan.

Pahang [ 1 ] [ 0 ] Negeri Sembilan

Keputusan Kedah vs Terengganu

Malam ini Kedah sudah pasti menjadi pasukan pilihan namun kemampuan Terengganu dibawah Irfan Bakti tidak boleh dinafikan. Bermain di Stadium Darul Aman tanpa kelibat Tan Cheng Ho yang kini bersama FAM diharap tidak menjejaskan corak permainan skuad helang merah.

Perlawanan Kedah dan Terengganu disiarkan secara langsung menerusi Tv9. Berikut adalah keputusan perlawanan Kedah vs Terengganu Separuh akhir Piala FA 30 April 2017.

Kedah [ 1 ] [ 0 ] Terengganu

Perlawanan separuh akhir tahun 2017 menyaksikan pertemuan Liga Super dan Liga Perdana. Adakah akan ada kejutan pada keputusan malam ini.

Check Also

Siaran Langsung Pahang vs Kedah

Siaran Langsung Pahang vs Kedah Final Piala FA 2017

Aksi Piala FA Malaysia akan menuju kemuncaknya pada 20 Mei 2017 dengan perlawanan akhir akan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *