Home » Info Sukan » Keputusan Piala FA 28.2.2015

Keputusan Piala FA 28.2.2015

Keputusan Piala FA 28.2.2015 . Lapan lagi perlawanan terlah berlangsung yang menyaksikan naib juara tahun lalu Felda United FC kecundang manakala Selangor , Terengganu dan Perak mara keperingkat seterusnya.

Dalam pertemuan Felda United vs Selangor di Stadium Selayang, Selangor bangkit setelah ketinggalan 0-2 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan dan sepakan penalti. The Fighter terlebih dahulu mendahului pada minit 47 menerusi sepakan penalti Bojan Miladinovic dan selang dua minit selepas itu oleh Makeche.

Selangor merapatkan kedudukan menerusi rembatan kencang Ahmad Hazwan Bakri dalam kotak penalti pada minit ke-78 menewaskan penjaga gol Felda ,Farizal Harun. Penyerang Selangor, De Paula berjaya menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-88 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Pertemuan T-Team dan ATM turut terheret ke masa tambahan setelah terikat tanpa jaringan dalam aksi sebenar 90 minit. Manakala si Stadium Hang Jebat, Terengganu yang menewaskan Melaka 3-1. Lain-lain keputusan adalah seperti dibawah.

keputusan Piala FA 28.2.2015
Aksi pertemuan Felda United dan Selangor di Stadium Selayang – Gambar BH Online

KEPUTUSAN PIALA FA 28 FEBRUARI 2015
KL SPA lwn Kuantan FA 3-0
P.Pinang lwn Perlis 1-0
Felda United lwn Selangor 2-2 ( 2-4 penalti )
Melaka lwn Terengganu 1-3
Shahzan Muda Fc lwn Perak 1-3
T-Team lwn ATM 0-0 ( 3-0 extra time )
PB Melayu Kedah lwn Lions XII 0-4
JDT II lwn PKNS FC 2-1

Satu lagi perlawanan yang membabitkan Pahang vs JDT bakal berlangsung pada 2 Mac 2015 seterusnya melengkapkan 16 pasukan yang akan beraksi pada peringkat seterusnya.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *