Home » Info Sukan » Keputusan Piala FA 17 Mac 2015

Keputusan Piala FA 17 Mac 2015

Keputusan Piala FA 17 Mac 2015. Lima perlawanan berlangsung bagi pusingan ketiga Piala FA 2015. Kejutan turut berlaku apabila Sime Darby berjaya menewaskan PDRM untuk mara ke peringkat suku akhir. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan.

Piala FA 2015
Piala FA 2015

Keputusan Piala FA 17 Mac 2015
NS Matrix 1 Pulau Pinang 2
Sime Darby 4 PDRM 2
Kelantan 1 Kuala Lumpur 0
Perak 2 T-Team 1
Kedah 0 JDT II 1

Di Stadium Selayang, pasukan tercorot Liga Super, Sime Darby menyingkirkan pasukan tangga kedua liga, PDRM untuk melangkah bergaya ke suku akhir bertemu Kelantan. Sime Darby FC mencipta kejutan apabila membenam pasukan pilihan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-2, malam ini untuk gah mara ke suku akhir kejohanan bola sepak Piala FA 2015.

Turut layak ke kelompok lapan terakhir selepas tamat pusingan ketiga ini adalah Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Johor Darul Ta’zim (JDT II).

Tiga lagi slot pasukan suku akhir akan ditentukan dalam lagi tiga perlawanan pada 18 dan 21 Mac 2015.

18 Mac 2015 – Rabu
Selangor vs Terengganu

21 Mac 2015 – Sabtu
Pahang vs MISC MIFA
Lions vs SPA

 

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *