Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Piala FA 13 Mei 2017 Separuh Akhir Kedua

Keputusan Piala FA 13 Mei 2017 Separuh Akhir Kedua

Empat pasukan akan berentap menentukan siapakah yang akan ke perlawanan akhir nanti. Keputusan Piala FA 13 Mei 2017 sangat dinantikan. Negeri Sembilan vs Pahang dan Terengganu vs Kedah akan bersaing dalam separuh akhir kedua.

Keputusan Piala FA 13 Mei 2017
Keputusan Piala FA 2017 Separuh Akhir Kedua

Perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi menemukan pendahulu Liga Perdana Negeri Sembilan menentang Pahang. Pasukan tuan rumah ketinggalan dengan jaringan 1 gol ketika tewas dalam perlawanan pertama di Kuantan. Bagi Pahang pula bekalan 1 gol belum cukup selamat.

Satu lagi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2017 berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah membabitkan Terengganu vs Kedah. Situasi adalah sama dimana pasukan pelawat sekadar membawa kelebihan 1 gol sahaja. Mampukah Terengganu bangkit atau Kedah akan mencipta kejayaan untuk mara ke final nanti.

Keputusan Piala FA 13 Mei 2017

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA.

Stadium Tuanku Abdul Rahman
Negeri Sembilan [ 1 ] [ 2 ] Pahang ( fulltime )
Aggregat 1-3

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Terengganu [ 0 ] [ 3 ] Kedah ( fulltime )
Aggregat 0-4

Perlawanan separuh akhir kedua ini disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan Tv9.

Check Also

Keputusan Liga Super 11 Julai 2017

Keputusan Liga Super 11 Julai 2017

Keputusan Liga Super 11 Julai 2017. Enam perlawanan akan berlangsung dengan beberapa perlawanan akan menjadi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *