Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Piala AFC JDT vs Lao Toyota 16 Mac 2016

Keputusan Piala AFC JDT vs Lao Toyota 16 Mac 2016

Keputusan Piala AFC JDT vs Lao Toyota 16 Mac 2016. Kemenangan ketiga dalam aksi kumpulan H Piala AFC 2016 berjaya dicapai oleh anak buah Mario Gomez apabila menewaskan kelab Laos Lao Toyota 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin hari ini.

Johor Darul Ta`zim yang merehatkan beberapa pemain utama turut bermain dengan baik namun gagal menemui sentuhan gol pada separuh masa pertama. Kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat 45 minit.

Gol pertama JDT hadir menerusi sepakan penalti Shafiq Rahim pada minit 62 setelah bola tampanan pemain pertahanan Lao Toyota, Takahiro Saito terkena tangan dalam kotak penalti dan pemain itu turut dibuang padang.

Lebih kurang minit ke 70, JDT turut terpaksa bermain 10 orang selepas S Kunanlan dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari, Maitee Sihalad. Namun ketiadaan seorang pemain tidak menjejaskan JDT dengan gol kedua sekali lagi terhasil menerusi penalti yang disempurkan oleh Shafiq Rahim pada minit 73. Amri Yahyah pula menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan separuh masa kedua untuk keputusan penuh JDT mengatasi Lao Toyota 3-0.

Ini merupakan kemenangan ketiga JDT dan kini selesa mendahului kumpulan dengan 12 mata.

keputusan JDT vs Lao Toyota AFc cup 2016
keputusan JDT vs Lao Toyota AFc cup 2016

sumber

 

Check Also

Keputusan Final Piala FA 2017

Keputusan Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah

Hari ini berlangsung aksi kemuncak Piala FA Malaysia 2017. Pertemuan Pahang dan Kedah di Stadium …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *