Home » Info Sukan » Keputusan Perlawanan Jerman Piala Dunia 2014 | World Cup Final Preview Part 1

Keputusan Perlawanan Jerman Piala Dunia 2014 | World Cup Final Preview Part 1

Preview Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014 Jerman vs Argentina , Laluan Dan Keputusan Perlawanan Jerman Piala Dunia 2014 – Jerman telah pun menjadi salah satu pasukan yang akan bersaing dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 pada 13 Julai 2014 ( 14 Julai waktu Malaysia ) menentang Argentina. Perlawanan akhir ini akan berlangsung di Rio De Janeiro. Disini kita review semula keputusan perlawanan yang membabitkan pasukan Jerman dari peringkat kumpulan sehingga ke separuh akhir.
Pada peringkat kumpulan , Jerman diundi dalam kumpulan G bersama Portugal , Ghana dan USA. Jerman menjadi juara kumpulan G setelah menempuh 3 perlawanan. Berikut adalah keputusan perlawanan.
Jerman vs Portugal 4-0 
Dalam perlawanan ini Thomas Muller menjaringkan hattrick manakala satu gol lagi disumbangkan oleh pemain pertahanan Hummels.
Jerman vs Ghana 2-2
Perlawanan yang sengit menentang antara pasukan terkuat Afrika , dimana Ghana mengikat Jerman dengan keputusan seri. Pada satu ketika Ghana mendahului Jerman sebelum pemain veteran Klose menyamakan kedudukan untuk berkongsi mata. Gotze turut menyumbang gol pada perlawanan ini.
Jerman vs USA 1-0
Gol tunggal Jerman dijaringan oleh Thomas Muller. Muller turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan buat kali kedua setelah kali pertama ketika perlawanan menentang Portugal.
Sebagai juara kumpulan G , Jerman melangkah kepusingan kedua sebagai pasukan pilihan bertemu Algeria.
Jerman vs Algeria 2-1
Perlawanan ini memaksa permainan dilanjutkan sehingga masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 setelah tamat 90 minit. Schurrle dan Mesut Ozil menjaringkan untuk Jerman mengatasi Algeria 2-1. 
Jerman 1 Perancis 0
Dalam saingan suku akhir , Jerman berdepan pasukan Perancis. Perlawanan ini berkesudahan Jerman menang 1-0 hasil jaringan Hummels. 
Jerman 7 Brazil 1
Peringkat separuh akhir , Jerman berdepan pasukan tuan rumah Brazil dalam perlawanan yang boleh dianggap sebagai final oleh banyak pihak. Namun keputusan luar jangkaan berlaku dengan Jerman membelasah Brazil dengan jaringan yang besar 7-1. 
FINALS : JERMAN vs ARGENTINA
Mampukah Jerman meneruskan momentum kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Argentina. Sama-sama kita saksikan pada 13 Julai 2014 ( 14 Julai 2014 , 3.00 pagi waktu Malaysia ) 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *