Home » Info Hiburan » Keputusan Penuh Pemenang APO2016

Keputusan Penuh Pemenang APO2016

Keputusan Penuh Pemenang APO2016. Apa itu APO yang hanya diperkatakan sekarang terutama di media sosial ? APO adalah ringkasan kepada Anugerah Pilihan Online yang mana mengiktiraf selebriti atau tokoh yang menjadi pilihan pengguna media sosial. Undian juga dilakukan secara atas talian oleh pengguna media sosial menggunakan facebook, twitter dan google+.

Malam kemuncak APO2016 Anugerah Pilihan Online
Malam kemuncak APO2016 Anugerah Pilihan Online

Sebanyak 17 kategori dan satu kategori utama iaitu personaliti terunggul APO 2016. Siapakah yang akan muncul pemenang setiap kategori dengan lima finalist tersenarai dalam senarai akhir setiap kategori. Semuanya bakal terjawab malam ini dimana malam kemuncak akan berlangsung di Auditorium Perdana, Angaksapuri, Kuala Lumpur.

Live Streaming Dan Siaran Langsung Malam Kemuncak APO2016
Anda boleh mengikuti malam kemuncak ini secara langsung menerusi RTM TV2 pada jam 9.00 malam 30 April 2016 dan untuk tontonan atas talian live streaming terus sahaja ke laman APO menerusi pautan http://apo.mstar.com.my/malam-anugerah.aspx

Siaran Langsung APO2016
Siaran Langsung APO2016

Dibawah adalah senarai pemenang setiap kategori dalam Anugerah Pilihan Online APO2016

Aktor Terbaik Pilihan Online – SAHARUL RIDZWAN

Aktres Terbaik Pilihan Online – MIA AHMAD

Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online – HAZAMA

Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online – SITI NURHALIZA

Lelaki Tampan Pilihan Dnars – SAHARUL RIDZWAN

Wanita Anggun Pilihan Dnars – MIA AHMAD

Selebriti Komedi Pilihan Online – JIHAN MUSE

Grup Pilihan Online – AKIM & THE MAJISTRET

Penyampai Radio Pilihan Online – FARA FAUZANA

Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online – DATUK LEE CHONG WEI

Bintang Sukan Wanita Pilihan Online – DATUK NICOL ANN DAVID

Pasukan Sukan Pilihan Online – JDT

Ikon Fesyen Pilihan Online – SITI NURHALIZA

Ikon Niaga Muda Pilihan Online – NEELOFA

Blog Pilihan Online – SIAKAP KELI

Chef Selebriti Pilihan Online – CHEF FAZLEY YAAKOB

Selebriti Media Sosial Pilihan Online – MAT LUTHFI

Personaliti Terunggul APO2016 – AKIM & THE MAJISTRET

Anugerah Pilihan Online APO2016 dianjurkan oleh mStar Online bersama Suria FM serta dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi. Malam kemuncak akan turut dimeriahkan oleh persembahan artis dengan 201 lagu bakal didendangkan.Antara yang akan membuat persembahan adalah Dayang Nurfaizah, One Nation Emcee, Azlan, Adi Putra, Ella, Hazama, Amar Baharin dan ramai lagi. Selain persembahan artis, Erra Fazira, Hafiz Suip, Fattah Amin, Mia Ahmad, Chef Nik Michael dan ratu gimnas, Farah Anne Abdul Hadi turut akan terlibat selaku penyampai anugerah.

Check Also

keputusan Piala Malaysia suku akhir kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua. Debaran pasti dirasai oleh lapan pasukan yang terbabit …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *