Home » Info Sukan » Keputusan Pahang vs JDT Piala FA 2-3-2015

Keputusan Pahang vs JDT Piala FA 2-3-2015

Keputusan Pahang vs JDT Piala FA 2-3-2015. Berakhir sudah debaran perlawanan Piala FA 2015 yang menemukan dua pasukan terbaik iaitu Pahang dan JDT di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Perlawanan yang berlarutan sehingga kepada sepakan penalti yang berkesudahan kemenangan memihak kepada pasukan Tok Gajah.

Sebelum itu, dalam permain sebenar Pahang mendahului JDT seawal minit ke 20 melalui penyerang import mereka Matias Conti untuk keputusan kekal sehingga tamat separuh masa. Namun pemain import JDT dari Singapore Hariss Harun menyelamatkan JDT dengan jaringan pada minit ke 80 seterusnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Namun setelah selesai 30 minit masa tambahan, kedua-dua pasukan masih buntu mencari jaringan dan sepakan penalti menjadi penentu. Pahang membuktikan mereka mampu mempertahanankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu apabila menang sepakan penalti dengan keputusan 4-2.

Pahang bakal berdepan pasukan dari Liga FAM iaitu MISC- MIFA pada pusingan seterusnya. Tahniah Pahang.

KEPUTUSAN 

Pahang 1 JDT 1 ( Pahang menang sepakan penati 4-2 )

Piala FA 2015
Piala FA 2015

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *