Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Malaysia vs Vietnam 27 Mac 2015

Keputusan Malaysia vs Vietnam 27 Mac 2015

Keputusan Malaysia vs Vietnam 27 Mac 2015. Harimau muda terkulai lagi , kali ini pasukan bawah 22 tahun yang terlibat dalam saingan kelayakan Piala AFC U-23 2016 tewas dalam perlawanan pertama mereka 1-2 ditangan Vietnam.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam , skuad bimbingan Razip Ismail mendahului pada minit ke 33 menerusi Nazirul Naim Che Hashim namun dua gol mudah Vietnam dalam masa lima minit meranapkan impian pasukan negara untuk menang perlawanan pertama.

Vietnam bangkit menyumbat dua gol dalam tempoh lima minit menerusi Vo Huy Toan minit 38 dan Nguyen Cong Phuong minit 43. Dengan kekalahan ini , pasukan Malaysia menempuh lalui sukar apa lagi bakal berdepan Jepun.

Dalam satu lagi perlawanan yang bermula lebih awal pada sebelah petang, Jepun menewaskan Macau 7-0 untuk mendahului kumpulan 1.

keputusan Malaysia vs Vietnam
Aksi Malaysia vs Vietnam – Gambar NSTP / BH Online

 

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *