Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Malaysia vs Vietnam

Keputusan Malaysia vs Vietnam

Keputusan Malaysia vs Vietnam 2 Jun 2015. Tiada apa lagi yang boleh dikatakan, menyaksikan pasukan bimbingan Ong Kim Swee kalah 1-5 kepada Vietnam dalam aksi kumpulan B Bolasepak Sukan SEA 2015. Kekalahan ini pasti meletakan Malaysia pada laluan sukar dengan lawan selepas ini adalah Thailand yang juga merupakan juara bertahan.

Malaysia vs Vietnam 2 Jun 2015 Sea games
Malaysia vs Vietnam 2 Jun 2015 Sea games

Perlawanan menentang Thailand tiada pilihan kecuali menang andai memasang impian untuk terus kekal dalam persaingan ke separuh akhir.

Berbalik kepada perlawanan Malaysia vs Vietnam, pintu gol Malaysia dibolosi minit 14 apabila Vietnam dihadiahkan sepakan penalti oleh Al Khudhayr dan Mac Hong Quan yang diamanahkan mengambil sepakan penalti berkenaan, tenang untuk menewaskan penjaga gol negara, Mohd Farhan Abu Bakar.  Vietnam menambah jaringan kedua pada masa tambahan separuh masa menerusi Nguyen Cong Phuong yang menyudahkan hantaran Ho Ngoc Thang.

Kesilapan Mohd Farhan menjatuhkan pemain lawan di dalam kotak penalti menyaksikan Vietnam memperolehi gol ketiga hasil sepakan penalti Huy Toan hanya dua minit selepas separuh masa kedua bersambung. Gol keempat hadir pada minit ke 53 hasil sepakan percuma Cong Phuong.

Syahrul Azwari Ibrahim yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol buat  Malaysia pada minit ke-78 sebelum pemain gantian, Nguyen Van Toan mengesahkan kemenangan selesa pasukan Vietnam dengan jaringan kelima, selang seminit kemudian.

Keputusan : MALAYSIA 1 VIETNAM 5

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *