Home » Info Sukan » Keputusan Malaysia vs Vietnam 11 Disember 2014

Keputusan Malaysia vs Vietnam 11 Disember 2014

Keputusan Malaysia vs Vietnam 11 Disember 2014 Separuh Akhir Piala AFF Suzuki. Pasukan Harimau Malaya mencipta kejutan di Stadium My Dinh apabila menewaskan Vietnam 4-2 sekaligus layak ke perlawanan akhir dengan agregat 5-4.

Keputusan Semi finals Malaysia vs Vietnam

Keputusan Separuh Akhir kedua Vietnam 3 Malaysia 4

Malaysia membuka jaringan seawal minit ke 4 hasil sepakan penalti apabila penyerang Indra Putra dijatuhkan oleh pertahanan Vietnam. Norsharul Idlan Talaha menambah gol kedua pada minit ke 16 untuk Malaysia mendahului 2-0.

Vietnam kembali memberi tekanan apabila Le Cong Vinh menjaringkan gol pada minit 22 untuk saingan kembali terbuka dari segi aggregat. Namun gol sendiri pertahanan Vietnam yang tertampan hantaran silang Indra Putra minit 29 serta jaringan ketua pasukan Shukor Adan membuatkan Malaysia dalam kedudukan selesa mendahului 4-1 untuk separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menampakan sedikit penguasaan Vietnam dengan Malaysia banyak menerima asakan namun masih mampu bertahan. Pada minit 79 Le Cong Vinh sekali lagi menghukum kealpaan barisan pertahan Malaysia untuk gol kedua dalam perlawanan separuh akhir kedua ini.

Malaysia layak ke perlawanan akhir dan bakal berdepan Thailand pada 17 dan 20 Disember 2014.

sumber gambar dari laman affsuzukicup

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

One comment

  1. Betul lah bola itu bulat,,,mati2 sy igt malaysia akan kalah pd vietnam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *