Home » Info Sukan » Keputusan Malaysia vs Timor Leste 2 Jun 2016

Keputusan Malaysia vs Timor Leste 2 Jun 2016

Keputusan Malaysia vs Timor Leste 2 Jun 2016. Pasukan kebangsaan berjaya membenam cabaran Timor Leste di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dalam perlawanan pertama playoff Kelayakan Piala Asia 2019.

Dalam perlawanan yang berlangsung, penyerang Ahmad Hazwan Bakri membuktikan ketajaman apabila menjaringkan dua gol manakala Amri Yahyah menjaringkan satu gol untuk melengkapkan kemenangan 3-0 keatas pasukan pelawat.

Hazwan Bakri menjaringkan gol pertama pada minit ke 16 hasil hantaran lintang Fazly Mazlan manakala gol kedua hadir pada minit ke 20 yang turut melibatkan gerakan dari dua pemain. Amri pula masuk selaku pemain gantian mejaringkan gol ketiga pada lewat permainan.

Perlawanan pusingan kedua akan berlangsung pada 6 jun 2016 yang turut akan berlangsung di Stadium Larkin. Malaysia kini selesa dengan kelebihan tiga gol untuk memastikan peluang layak ke saingan peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2019.

MALAYSIA vs TIMOR LESTE 3-0

Malaysia vs Timor Leste 2 Jun 2016
Malaysia vs Timor Leste 2 Jun 2016

Check Also

keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan SEA 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017. Saingan bolasepak Sukan Sea Kuala Lumpur ( …

3 comments

  1. teruskan maju kehadapan

  2. harap malaysia dapat layak ke piala asia 2019

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *